ASSALAMUALAIKUM..
Info pada kali ini saya kan menerangkan tentang pangkat - pangkat atau level yang ada di bidang perkapalan. Dari Ordinary Seaman hingga lah ke Captain. dari Junior Rating hingga ke Chief Engineer dari Steward higga ke Chief Cook. Gambar dibawah menerangkan carta aliran dan serta tahap - tahap gaji yang tuan insyaallah dapat pada ketika itu.
Kami di META cuba untuk mengesyorkan semua student student nya mengambil aliran deck kerana akhirnya pangkat seorang O.S ialah Captain.Pengarah META juga ingin kan kesemua student nya menjadi Captain - Captain yang beribawa kerana sekarang kita kekurangan Captain tempatan.
Bukan pula aliran lain tidak bagus. Tapi kami hanya syor kan sahaja. Jika kepakaran tuan tuan lebih kepada enjin ataupun bidang masakan, terus kan minat tuan tersebut..insyaalah, berkat doa dan restu tuan tuan pasti berjaya.
Tuesday, February 22, 2011
LEVEL - LEVEL SERTA PANGKAT - PANGKAT YANG ADA DALAM BIDANG PERKAPALAN
Posted by awie at 9:16 AM 0 comments
Sunday, February 20, 2011
SELAMAT DATANG KEMBALI BST/19..DAN SELAMAT DATANG KEPADA BST/22
ASSALAMUALAIKUM...
Hari nie 20/2/2011..tarikh pendaftaran kelas baru untuk BST/22 dan pendaftaran TFA untk kelas BST/19. Disini di ingatkan kepada sesiapa yang datang dari tempat yang jauh, datang la awal sikit jangan dah malam baru nak datang memang la kelas korang bermula selasa. Tapi nak susun atur katil kunci loker cadar nak amik korang dari stesen bas susah la oii.....OK..
Ok apa pun selamat belajar dan tahan diri anda selama 5 hari disini untuk mengikut undang - undang yang telah di tetapkan..untuk BST/22 tlg la contohi perkara yang baik dari abang TFA korang (yg buruk xyah la).
Posted by awie at 11:40 PM 0 comments
BYE - BYE BST 21! KITA JUMPA DI KELAS TANKER!
Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia berkat izinnya..tamat sudah kelas Basic Safety Training untuk BST/21 selama 5 hari bermula pada 15 haribulan hingga 19 haribulan 2 2011. Bach yg sempoi dan mendengar arahan. Diharap BST/12 still berhubung antara satu sama lain..walaupun korang berlainan negeri dan dialek, yang manis korang dapat bersatu dalam semua perkara..abang respek la..OK disini saya lampirkan sekali rakaman interview saya dengan captain a.k.a ketua bagi BST/21..dan beberapa gambar kenangan bersama Capt. Saad (lecture).
Posted by awie at 3:35 AM 0 comments
Saturday, February 19, 2011
NAVY PAKAT MASUK SKUAD MARITIM??
Pada tarikh 7 haribulan 2 hingga 12 haribulan seramai 14 orang navy a.k.a tentera laut kita mengikuti kursus BST di META. Banyak juga perkara perkara baru yang diorang dapat disini takde kat navy.. Ada juga saya berkesempatan meng'interview' abang - abang navy nie "asal abang berminat masuk maritim nie..." diorang cakap ermm..'tuk masa depan dik'.....ermm pelik jugak ketika itu..adakah navy masa depannye....hurmmm..well no komen..apa pun gambar - gambar serta video dibawah adalah diambil semasa latihan survival drill di kolam renang bertaraf komanwel di TLDM.memang terbaik dari diorang...jadi korang orang awam bila lagi???
haa..cepat life raft hanyut..
merasai bagaimana keadaan dalam life raft sambil sekali lagi di brief oleh En. Aziz..
bukan setakat instructor malah juga diver sekali..hebat betul En. Aziz ni,.Lecture META yg terlatih..
betul kan keadaan life raft tu..
Posted by awie at 12:16 AM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
LATIHAN - LATIHAN PRODUKTIF YANG DIJALANKAN
Latihan - latihan praktikal yang dijalankan di META didalam kursus BST adalah seperti survival drill and fire fighting.
- SURVIVAL DRILL
- FIRE FIGHTING
Untuk kursus TFA pula latihan praktikalnya lebih kepada bahan - bahan kimia. Dalam Kursus ini META akan mengajar tuan - tuan bagaimana nak mengawal / membaiki kebocoran tanki mengelak dari terhidu gas gas beracun serta cara mengubat jika terkena bahan tersebut,
Di META juga kami turut mengajar pelajar - pelajar kami bagaimana cara - cara kerja crew - crew kapal bekerja di atas kapal. Tenaga pengajar META merupakan kapten - kapten dan Chief2 Officer yang berpengalaman berlayar selama berpuluh tahun. Mereka sanggup mengorbankan wang ringgit mereka yang pernah kecapi dulu semata - mata untuk mendidik anak bangsanya pelapis baru diatas kapal maritim supaya pekrjaan Nabi ALLAH NUH A.S dan nenek moyang kita tidak hilang begitu sahaja.
Posted by awie at 4:22 PM 0 comments
Tuesday, February 15, 2011
MARITIME EDUCATION & TRAINING ACADEMY ( META )
adalah satu pusat latihan akademi laut yang melatih pelajar - pelajarnya untuk menjadi pelaut. META menawarkan 2 kursus UTAMA bagi sesiapa yang berminat untuk berkecimpung didalam alam pekerjaan maritim. Kursus tersebut ialah :
- BASIC SAFETY TRAINING (BST)
- TANKER FAMILIARIZATION (TFA)
Untuk seseorang itu layak bekerja di atas kapal memerlukan 2 sijil ini yang diiktiraf oleh JABATAN LAUT. Sijil ini juga bertaraf antarabangsa dan juga laku dimana mana agensi kerajaan mahu pun swasta. Disini saya terangkan juga apa kegunaan BST dan TFA :
- BST - Sijil ini laku pada semua kapal - kapal dagang serata dunia kecuali kapal tanker yang membawa muatan seperti minyak, kimia , gas, dan sebagainya
- TFA - Setelah memiliki sijil ini tuan - tuan layak untuk naik mana - mana kapal dalam dunia tidak kira apa pun jenis kapal itu.
Posted by awie at 10:11 PM 0 comments