BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 29, 2011

SYARAT SYARAT KELAYAKAN & CARA PENDAFTARAN

Disini saya menerangkan apa syarat syarat serta kelayakan untuk mengambil kursus ini.
1 : berumur 18 tahun keatas
2 : lelaki ( perempuan belum lagi ada permintaan dari mana syarikat perkapalan)
3 : sihat tubuh badan
4 : berdaya saing dan tabah
5 : berfikiran tinggi dan keinginan untuk mengubah taraf hidup.

Cara untuk mendaftar :
Sila bagi nama penuh, no tel., dan no ic di inbox laman facerbook Seafarer Liner atau hubungi no 012 474 4077 (awie) untuk maklumat lanjut
Yuran pendaftaran RM 3400 lengkap dengan ;
1 : penginapan bermula tarikh kelas
2 : makan dan minum
3 : buku tesk
4 : alat bantu pembelajaran
5 : dokumen pelaut
6 : tempat praktikal

Tunggu sehingga anda dapat panggilan atau pesanan ringkas dari kami untuk mengesahkan pendaftaran anda.
Sila datang 4 hari sebelum tarikh kelas dengan membawa kelengkapan diri serta sekeping gambar berukuran poskad.
Bayaran boleh dilakukan pada tarikh pendaftaran.
Yuran pendaftaran boleh dibayar secara ansuran 2 kali bayar.
Bayaran pertama- RM 2200
Bayaran kedua- RM 1200.

Saturday, March 19, 2011

SIJIL - SIJIL YANG PERLU ADA BAGI SEORANG PELAUT

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sekarang blog ini dah ade 6 followers.trimas kerana sudi jadi follower blog ini. Diharap tuan sekalian dapat memanjang kan blog ini kepada kawan - kawan tuan.

Kepada ex-student meta jika tuan2 belum lagi terima panggilan ke kapal harap besabar dan anggap masa yang agak lama itu adalah masa tuan - tuan spend a quality time with your family your friend your love and sume2 lah. Kami disini sedang berusaha dengan sebaik mungkin agar tuan dapat naik kapal dengan segera.(Amin).

Ermmm..adalah lebih baik saya terang kan juga kepada semua ex2-student yang sebenarnya jika tuan2 sekalian mempunyai alternative sendiri untuk mencari kapal dipersilakan kerana sijil yang tuan2 semua dapat itu memang layak memang laku untuk tuan guna dimana - mana kapal didalam mahu pun diluar malaysia. (usaha lebih dapat lebih la kan???).

Memang kami akan mencari pekerjaan seperti yang kami iklan kan.tapi mengambil masa juga lah sebab faktor - faktor yang bukan datang dari pihak kami tapi datang dari senior2 tuan yang layak saya panggil bodoh piang (dalam bahasa bote)..kerana disebabkan beliau - beliau yang terlalu bijak dan pandai ni la punca tuan2 sekalian agak lambat untuk naik..diharap selepas ini tuan sekalian jangan la mencontohi perangai yang tidak elok benar ini ye..sebab banyak perkara yang akan datang menyusahkan diri tuan balik selepas nama tuan di SENARAI HITAM kan..haaa ye nama beliau2 yang buat perkara seperti lari dari kapal atau bahasa glamornye "jump ship" akan kami senarai hitam kan bukan sahaja untuk naik kapal tapi  semua yang ada di malaysia ini termasuk lah bank2 polis dan cam2 lagi..macam mana kami buat??xperlu tau la tapi cuma tgk je lah orang2 itu nanti..bukan mengugut tapi memberitahu hal yang sebenarnye..ko susah kan orang lain..skang ko plak la akan disusahkan...(dunia ni sfera)..

Haih..abaikan la orang yang camtu ok disini saya tunjuk kan sijil yang boleh membuatkan tuan2 sekalian layak untuk naik kapal tgk2 la yea..

 basic safety training


tanker Familiarization


diatas ini adalah sijil yang dikeluarkan oleh jabatan laut yang disah kan oleh IMO sedunia (international gitu)




ini pula adalah sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh META (amacam canggih x??)

 

Saturday, March 12, 2011

LET'S SAILING FOLKS..!!!

Assalamualaikum..

How are U all this day??have great sailing??...kekekeke..ucapan kapten kepada crew2 nye setiap pagi di gally...hurmm..miss that moment..

So...untuk nukilan hari ini..masih sama mengajak tuan - tuan sekalian bersama sama kita mengembalikan warisan yang sepatutnya kita jaga dari dulu. Menjadi seorang pelaut..Ayuh!!...Diam tak diam META kini semakin maju semakin naik dan semakin membesar. Yang dulu nya hanya ada dua kursus basic sekarang sudah ada 29 modul untuk mengajar..wah..go go go. META..Ini semua berkat usaha keras crew2 M.E.T(META Education Training ) yang bertungkus lumus siang malam pagi petang tungang langgang untuk membuat modul modul tersebut untuk mengajar kepada bakal bakal pelaut.

Hah..dan juga META akan ada akademi yang gah sendiri dan juga kapal sendir untuk latihan TIDAK LAMA LAGI..(mohon semua pembaca meng'AMIN"kannya). Ini semua adalah hasil usaha keras Pengarah META merangkap Yang Dipertua PMM. Captain Sapuan. Segulung tahniah diucapkan. Moga selepas ini META akan menjadi sebuah institusi akademi laut yang ulung di malaysia dan insyallah di mata dunia.


Sedikit makluman...kepada semua diharap semua pembaca blog saya tuan - tuan jika ada apa masalah yang mahukan jawapan dengan segera boleh S.M.S saya dan saya akan telefon dan membalas. Atau pun tuan boleh komen dimana posting saya buat dengan meninggalkan nama penuh serta no telefon dan saya akan menelefon tuan - tuan dengan segera..

Cukup setakat ini dulu. Kita berjumpa semula dilain posting yang lebih menarik. Ok jaga diri fikir - fikir kan masa depan keluarga anda.

Tuesday, February 22, 2011

LEVEL - LEVEL SERTA PANGKAT - PANGKAT YANG ADA DALAM BIDANG PERKAPALAN

ASSALAMUALAIKUM..
Info pada kali ini saya kan menerangkan tentang pangkat - pangkat atau level yang ada di bidang perkapalan. Dari Ordinary Seaman hingga lah ke Captain. dari Junior Rating hingga ke Chief Engineer  dari Steward higga ke Chief Cook. Gambar dibawah menerangkan carta aliran dan serta tahap - tahap gaji yang tuan insyaallah dapat pada ketika itu.
Kami di META cuba untuk mengesyorkan semua student student nya mengambil aliran deck kerana akhirnya pangkat seorang O.S ialah Captain.Pengarah META juga ingin kan  kesemua student nya menjadi Captain - Captain yang beribawa kerana sekarang kita kekurangan Captain tempatan.
Bukan pula aliran lain tidak bagus. Tapi kami hanya syor kan sahaja. Jika kepakaran tuan tuan lebih kepada enjin ataupun bidang masakan, terus kan minat tuan tersebut..insyaalah, berkat doa dan restu tuan tuan pasti berjaya.

Sunday, February 20, 2011

SELAMAT DATANG KEMBALI BST/19..DAN SELAMAT DATANG KEPADA BST/22

ASSALAMUALAIKUM...
Hari nie 20/2/2011..tarikh pendaftaran kelas baru untuk BST/22 dan pendaftaran TFA untk kelas BST/19. Disini di ingatkan kepada sesiapa yang datang dari tempat yang jauh, datang la awal sikit jangan dah malam baru nak datang memang la kelas korang bermula selasa. Tapi nak susun atur katil kunci loker cadar nak amik korang dari stesen bas susah la oii.....OK..

Ok apa pun selamat belajar dan tahan diri anda selama 5 hari disini untuk mengikut undang - undang yang telah di tetapkan..untuk BST/22 tlg la contohi perkara yang baik dari abang TFA korang (yg buruk xyah la).

BYE - BYE BST 21! KITA JUMPA DI KELAS TANKER!

Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia berkat izinnya..tamat sudah kelas Basic Safety Training untuk BST/21 selama 5 hari bermula pada 15 haribulan hingga 19 haribulan 2 2011. Bach yg sempoi dan mendengar arahan. Diharap BST/12 still berhubung antara satu sama lain..walaupun korang berlainan negeri dan dialek, yang manis korang dapat bersatu dalam semua perkara..abang respek la..OK disini saya lampirkan sekali rakaman interview saya dengan captain  a.k.a ketua bagi BST/21..dan beberapa gambar kenangan bersama Capt. Saad (lecture).









Saturday, February 19, 2011

NAVY PAKAT MASUK SKUAD MARITIM??

Pada tarikh 7 haribulan 2 hingga 12 haribulan seramai 14 orang navy a.k.a tentera laut kita mengikuti kursus BST di META. Banyak juga perkara perkara baru yang diorang dapat disini takde kat navy.. Ada juga saya berkesempatan meng'interview' abang - abang navy nie "asal abang berminat masuk maritim nie..." diorang cakap ermm..'tuk masa depan dik'.....ermm pelik jugak ketika itu..adakah navy masa depannye....hurmmm..well no komen..apa pun gambar - gambar serta video dibawah adalah diambil semasa latihan survival drill di kolam renang bertaraf komanwel di TLDM.memang terbaik dari diorang...jadi korang orang awam bila lagi???

Ketika melakukan aktiviti warming :
 berterabur jugak abang navy berenang...kekekkekekek



 bagi mereka ini takde hal lah...





 briefing di beri oleh En.Aziz..sebagai instructor





 kumpul kumpul..




 masih lagi mampu tersenyum..hebat..





 ABANDON SHIP!!!!!!





dah letih le tu...


 haa..cepat life raft hanyut..




 merasai bagaimana keadaan dalam life raft sambil sekali lagi di brief oleh En. Aziz..



 bukan setakat instructor malah juga diver sekali..hebat betul En. Aziz ni,.Lecture META yg terlatih..



betul kan keadaan life raft tu..



wahhhh..!!!!

Dibawah saya juga sempat ambil video - video aksi abang abang navy kita melakukan latihan survival menggunakan life raft..layan...ape pun pas tonton komen2 la..







cara - cara berenang juga diajar.

Wednesday, February 16, 2011

LATIHAN - LATIHAN PRODUKTIF YANG DIJALANKAN

Latihan - latihan praktikal yang dijalankan di META didalam kursus BST adalah seperti survival drill and fire fighting.

  • SURVIVAL DRILL  
Survival Drill adalah latihan dimana ia mengajar kita bagaimana jika hendak menyelamatkan diri apabila dapat perintah dari kapten untuk "Abandon Ship!!!" (tinggalkan kapal). Latihan yang intensif ini juga mengajar para pelatih berenang menggunakan "Life Jacket",bagaimana hendak kendalikan "Life Raft" dan juga bagaimana untuk menghadapi susana di laut ketika keseorangan. Ciri - ciri keselamatan dalam latihan ini amat dititik beratkan.

  • FIRE FIGHTING 
Fire Fighting, dimana tuan - tuan maklum sudah semestinya mengajar cara memadam api. Tapi adakah betul cara tuan mengawal api? Bagaiman jika api itu sebesar rumah?? sempat kah nak telefon bomba di tengah laut???..disini META mengajar secara terperinci daripada mengenal jenis2 bahan mudah terbakar hingga la cara mengawal dan mengelak dari kebakaran. Di dalam subjek ini juga tuan - tuan akan diajar bagaimana nak keluar dari tempat tuan dalam keadaan gelap dan berasap.










Untuk kursus TFA pula latihan praktikalnya lebih kepada bahan - bahan kimia. Dalam Kursus ini META akan mengajar tuan - tuan bagaimana nak mengawal / membaiki kebocoran tanki mengelak dari terhidu gas gas beracun serta cara mengubat jika terkena bahan tersebut,


Di META juga kami turut mengajar pelajar - pelajar kami bagaimana cara - cara kerja crew - crew kapal bekerja di atas kapal. Tenaga pengajar META merupakan kapten - kapten dan Chief2 Officer yang berpengalaman berlayar selama berpuluh tahun. Mereka sanggup mengorbankan wang ringgit mereka yang pernah kecapi dulu semata - mata untuk mendidik anak bangsanya pelapis baru diatas kapal maritim supaya pekrjaan Nabi ALLAH NUH A.S dan nenek moyang kita tidak hilang begitu sahaja.












Tuesday, February 15, 2011

MARITIME EDUCATION & TRAINING ACADEMY ( META )

 MARITIM EDUCATION AND TRAINING ACADEMY ( META ) berpusat di No 99-A Persiaran PM 2/5, Seri Manjung Business Centre Section 2, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.
adalah satu pusat latihan akademi laut yang melatih pelajar - pelajarnya untuk menjadi pelaut. META menawarkan 2 kursus UTAMA bagi sesiapa yang berminat untuk berkecimpung didalam alam pekerjaan maritim. Kursus tersebut ialah :
  • BASIC SAFETY TRAINING (BST)
  • TANKER FAMILIARIZATION (TFA) 

Untuk seseorang itu layak bekerja di atas kapal memerlukan 2 sijil ini yang diiktiraf oleh JABATAN LAUT. Sijil ini juga bertaraf antarabangsa dan juga laku dimana mana agensi kerajaan mahu pun swasta. Disini saya terangkan juga apa kegunaan BST dan TFA :
  • BST - Sijil ini laku pada semua kapal - kapal dagang serata dunia kecuali kapal tanker yang membawa muatan seperti minyak, kimia , gas, dan sebagainya
  • TFA - Setelah memiliki sijil ini tuan - tuan layak untuk naik mana - mana kapal dalam dunia tidak kira apa pun jenis kapal itu.
Di META, kami akan mengajar tuan - tuan sekalian kursus tersebut secara teori dan parktikal selama 10 HARI SAHAJA. Dimana 5 hari untuk BST dan 4 hari untuk TFA. 1 hari untuk pendaftaran. Kelayakan untuk mengambil kursus ini adalah berumur 18 tahun keatas sehat tubuh badan. Tiada had umur. Terbuka pada semua lelaki dan perempuan. Bagi sesiapa yang mempunyai sijil - sijil atau pengalaman dalam bidang laut itu akan menjadi kelebihan buat mereka semasa di sesi temuduga selepas mengambil dua kursus ini.