BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 22, 2011

LEVEL - LEVEL SERTA PANGKAT - PANGKAT YANG ADA DALAM BIDANG PERKAPALAN

ASSALAMUALAIKUM..
Info pada kali ini saya kan menerangkan tentang pangkat - pangkat atau level yang ada di bidang perkapalan. Dari Ordinary Seaman hingga lah ke Captain. dari Junior Rating hingga ke Chief Engineer  dari Steward higga ke Chief Cook. Gambar dibawah menerangkan carta aliran dan serta tahap - tahap gaji yang tuan insyaallah dapat pada ketika itu.
Kami di META cuba untuk mengesyorkan semua student student nya mengambil aliran deck kerana akhirnya pangkat seorang O.S ialah Captain.Pengarah META juga ingin kan  kesemua student nya menjadi Captain - Captain yang beribawa kerana sekarang kita kekurangan Captain tempatan.
Bukan pula aliran lain tidak bagus. Tapi kami hanya syor kan sahaja. Jika kepakaran tuan tuan lebih kepada enjin ataupun bidang masakan, terus kan minat tuan tersebut..insyaalah, berkat doa dan restu tuan tuan pasti berjaya.

Sunday, February 20, 2011

SELAMAT DATANG KEMBALI BST/19..DAN SELAMAT DATANG KEPADA BST/22

ASSALAMUALAIKUM...
Hari nie 20/2/2011..tarikh pendaftaran kelas baru untuk BST/22 dan pendaftaran TFA untk kelas BST/19. Disini di ingatkan kepada sesiapa yang datang dari tempat yang jauh, datang la awal sikit jangan dah malam baru nak datang memang la kelas korang bermula selasa. Tapi nak susun atur katil kunci loker cadar nak amik korang dari stesen bas susah la oii.....OK..

Ok apa pun selamat belajar dan tahan diri anda selama 5 hari disini untuk mengikut undang - undang yang telah di tetapkan..untuk BST/22 tlg la contohi perkara yang baik dari abang TFA korang (yg buruk xyah la).

BYE - BYE BST 21! KITA JUMPA DI KELAS TANKER!

Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia berkat izinnya..tamat sudah kelas Basic Safety Training untuk BST/21 selama 5 hari bermula pada 15 haribulan hingga 19 haribulan 2 2011. Bach yg sempoi dan mendengar arahan. Diharap BST/12 still berhubung antara satu sama lain..walaupun korang berlainan negeri dan dialek, yang manis korang dapat bersatu dalam semua perkara..abang respek la..OK disini saya lampirkan sekali rakaman interview saya dengan captain  a.k.a ketua bagi BST/21..dan beberapa gambar kenangan bersama Capt. Saad (lecture).









video

Saturday, February 19, 2011

NAVY PAKAT MASUK SKUAD MARITIM??

Pada tarikh 7 haribulan 2 hingga 12 haribulan seramai 14 orang navy a.k.a tentera laut kita mengikuti kursus BST di META. Banyak juga perkara perkara baru yang diorang dapat disini takde kat navy.. Ada juga saya berkesempatan meng'interview' abang - abang navy nie "asal abang berminat masuk maritim nie..." diorang cakap ermm..'tuk masa depan dik'.....ermm pelik jugak ketika itu..adakah navy masa depannye....hurmmm..well no komen..apa pun gambar - gambar serta video dibawah adalah diambil semasa latihan survival drill di kolam renang bertaraf komanwel di TLDM.memang terbaik dari diorang...jadi korang orang awam bila lagi???

Ketika melakukan aktiviti warming :
 berterabur jugak abang navy berenang...kekekkekekek



 bagi mereka ini takde hal lah...





 briefing di beri oleh En.Aziz..sebagai instructor





 kumpul kumpul..




 masih lagi mampu tersenyum..hebat..





 ABANDON SHIP!!!!!!





dah letih le tu...


 haa..cepat life raft hanyut..




 merasai bagaimana keadaan dalam life raft sambil sekali lagi di brief oleh En. Aziz..



 bukan setakat instructor malah juga diver sekali..hebat betul En. Aziz ni,.Lecture META yg terlatih..



betul kan keadaan life raft tu..



wahhhh..!!!!

Dibawah saya juga sempat ambil video - video aksi abang abang navy kita melakukan latihan survival menggunakan life raft..layan...ape pun pas tonton komen2 la..



video

video



video
cara - cara berenang juga diajar.

Wednesday, February 16, 2011

LATIHAN - LATIHAN PRODUKTIF YANG DIJALANKAN

Latihan - latihan praktikal yang dijalankan di META didalam kursus BST adalah seperti survival drill and fire fighting.

  • SURVIVAL DRILL  
Survival Drill adalah latihan dimana ia mengajar kita bagaimana jika hendak menyelamatkan diri apabila dapat perintah dari kapten untuk "Abandon Ship!!!" (tinggalkan kapal). Latihan yang intensif ini juga mengajar para pelatih berenang menggunakan "Life Jacket",bagaimana hendak kendalikan "Life Raft" dan juga bagaimana untuk menghadapi susana di laut ketika keseorangan. Ciri - ciri keselamatan dalam latihan ini amat dititik beratkan.

  • FIRE FIGHTING 
Fire Fighting, dimana tuan - tuan maklum sudah semestinya mengajar cara memadam api. Tapi adakah betul cara tuan mengawal api? Bagaiman jika api itu sebesar rumah?? sempat kah nak telefon bomba di tengah laut???..disini META mengajar secara terperinci daripada mengenal jenis2 bahan mudah terbakar hingga la cara mengawal dan mengelak dari kebakaran. Di dalam subjek ini juga tuan - tuan akan diajar bagaimana nak keluar dari tempat tuan dalam keadaan gelap dan berasap.










Untuk kursus TFA pula latihan praktikalnya lebih kepada bahan - bahan kimia. Dalam Kursus ini META akan mengajar tuan - tuan bagaimana nak mengawal / membaiki kebocoran tanki mengelak dari terhidu gas gas beracun serta cara mengubat jika terkena bahan tersebut,


Di META juga kami turut mengajar pelajar - pelajar kami bagaimana cara - cara kerja crew - crew kapal bekerja di atas kapal. Tenaga pengajar META merupakan kapten - kapten dan Chief2 Officer yang berpengalaman berlayar selama berpuluh tahun. Mereka sanggup mengorbankan wang ringgit mereka yang pernah kecapi dulu semata - mata untuk mendidik anak bangsanya pelapis baru diatas kapal maritim supaya pekrjaan Nabi ALLAH NUH A.S dan nenek moyang kita tidak hilang begitu sahaja.












Tuesday, February 15, 2011

MARITIME EDUCATION & TRAINING ACADEMY ( META )

 MARITIM EDUCATION AND TRAINING ACADEMY ( META ) berpusat di No 99-A Persiaran PM 2/5, Seri Manjung Business Centre Section 2, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan.
adalah satu pusat latihan akademi laut yang melatih pelajar - pelajarnya untuk menjadi pelaut. META menawarkan 2 kursus UTAMA bagi sesiapa yang berminat untuk berkecimpung didalam alam pekerjaan maritim. Kursus tersebut ialah :
  • BASIC SAFETY TRAINING (BST)
  • TANKER FAMILIARIZATION (TFA) 

Untuk seseorang itu layak bekerja di atas kapal memerlukan 2 sijil ini yang diiktiraf oleh JABATAN LAUT. Sijil ini juga bertaraf antarabangsa dan juga laku dimana mana agensi kerajaan mahu pun swasta. Disini saya terangkan juga apa kegunaan BST dan TFA :
  • BST - Sijil ini laku pada semua kapal - kapal dagang serata dunia kecuali kapal tanker yang membawa muatan seperti minyak, kimia , gas, dan sebagainya
  • TFA - Setelah memiliki sijil ini tuan - tuan layak untuk naik mana - mana kapal dalam dunia tidak kira apa pun jenis kapal itu.
Di META, kami akan mengajar tuan - tuan sekalian kursus tersebut secara teori dan parktikal selama 10 HARI SAHAJA. Dimana 5 hari untuk BST dan 4 hari untuk TFA. 1 hari untuk pendaftaran. Kelayakan untuk mengambil kursus ini adalah berumur 18 tahun keatas sehat tubuh badan. Tiada had umur. Terbuka pada semua lelaki dan perempuan. Bagi sesiapa yang mempunyai sijil - sijil atau pengalaman dalam bidang laut itu akan menjadi kelebihan buat mereka semasa di sesi temuduga selepas mengambil dua kursus ini.